Masa dan ketika ini, bukan untuk kita terus bersedih. Teruskan perjuangan. Teruskan capai impian. Semoga Berjaya Dunia dan Akhirat
Saturday, 15 October 2016
Never Give Up
Masa dan ketika ini, bukan untuk kita terus bersedih. Teruskan perjuangan. Teruskan capai impian. Semoga Berjaya Dunia dan Akhirat
HIBAH DAN KEPENTINGAN
Hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait
rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid.
Namun, hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain.
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat,
manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang
dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh
hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).
Pensyariatan hibah dalam Islam
Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam. Ini adalah berdasarkan
kepada bukti-bukti al-Quran, sunah dan ijmak.
Ia dapat dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu
dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi
baik akibatnya.” (Surah al-Nisa’ ayat 4)
“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orangorang
miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang memintaminta
dan (memerdekakan) hamba sahaya.” (Surah al-Baqarah ayat 177)
Selain daripada dalil yang terdapat dalam al-Quran, pelaksanaan hibah juga disebut dalam
hadis Rasulullah SAW. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: “Nabi SAW menerima dan
membalas hadiah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Antara rukun dan syarat yang perlu dipenuhi dalam kontrak hibah adalah seperti berikut:
1. Pemberi hibah (al-wahib)
Pemberi hibah perlu seorang ahliyyah yang sempurna akal, baligh dan rusyd. Mereka juga
mestilah memiliki harta yang dihibahkan dan berkuasa penuh ke atas hartanya.
2. Penerima hibah (al-mawhub lahu)
Penerima hibah mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukalaf
atau bukan mukalaf. Sekiranya penerima hibah adalah bukan mukalaf seperti belum akil
baligh atau kurang upaya, maka hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang
amanah.
3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub)
Harta yang hendak dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, di bawah
pemilikan pemberi hibah, mampu diserahkan kepada penerima hibah dan wujud ketika
harta berkenaan dihibahkan.
4. Lafaz ijab dan kabul (sighah)
Lafaz ijab dan kabul merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan
penerimaan hibah.
Subscribe to:
Posts (Atom)